Memaparkan catatan dengan label MENU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MENU. Papar semua catatan

30 September 2014

KEK CARROT PRUNE


hai olls...
last weekend buat projek kek carrot + prune...
resepi asal adalah dari blog azie kitchen..
memang menjadi resepinya...

bancuhan pertama buat resepi asal.....
resepi kedua ku buat ikut sedap hati sebab 
nak kurangkan manisnya..pastu nak tambah buah prune supaya 
ada rasa masam-masam join dengan lemak manis carrot tu..
alhamdulillah menjadi juga...

bahan-bahannya...

1 1/4 minyak jagung
6 biji telur 
200 gm gula kastor
100 gm gula merah
400 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil garam
3 cawan karot yang telah diparut
1 1/2 cawan kismis
1 cawan walnut
1 cawan buah prune yang telah dicincang dan direbus sehingga likat airnya (ku guna sunsweet)



 timbang jangan tak timbang..

 antara bahan-bahannya...

campuran tepung naik sendiri, serbuk kayu manis dan baking powder...

 mula-mula blender je semua gula merah dan gula putih bersama telur....

 kemudian keluarkan dari blender dan letakkan dalam satu bekas yang agak besar...

 masukkan karot yang telah diparut tadi sedikit demi sedikit....
adunan akan mencair sebab air karot akan keluar...

masukkan pula adunan tepung bersama serbuk kayu manis dan baking powder tadi....
sebatikan..ku guna tangan je..xde nak guna mixer pun....

 kemudian masukkan kismis 

masukkan pulak buah prune bersama airnya yang telah direbus tadi..

 dan bakar selama 40 minit dengan suhu 180 darjah celcius...


nampak tak kesan kenan cucuk ngan garfu tu...
haa kalau nak tau dam masak ke belum korang boleh cucuk dengan lidi satay tu lebih baik...
sebab leh cucuk jauh kedalam...
kalau tak de tepung yang melekat tu tandanya dah masak...
kalo ada tambahlah masa tu sikit...ikut keadaan...


yeay......alhamdulillah jadi..sat intai tengok naik ke tak kek ku ni..

 kek ni memang sedap...
rasanya lemak manis dan ada masam sikit....
sebelah bawah penuh kismis dan prune..
jatuh kebawah semuanya...

yang kemudian ni terhangit sedikit...
suhu buat 200 darjah...
180 tu dah ok dah tu...

oklah selamat mencuba....
boleh buat kek ni untuk raya haji hujung minggu ni yerr...!!1


















18 September 2014

GRILLED CHICKEN CHOP DENGAN MASHED POTATO

Hi.....special dinner on weekend..
actually no special occasion..its special because 'jarang masak' ..haha
so last time i cooked grilled chicken chop with mashed potato and salad...


nah jamu gambar dulu.....


yummy..masih teringat-ingat....nak buat lagi malas..hei wat iz zerong with uuu haaa...

korang nak resepi ke..nah cekidout..



RESEPI GRILL CHICKEN CHOP

Bahan - Bahan:
·                     4 keping whole leg (debone)
·                     1/2 kiub ayam
·                     2 sudu besar sos tiram 
·                     2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
·                     3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
·                     1cm halia(tumbuk kasar)
·                     Lada hitam, lada sulah
·                     Sedikit olive oil
Cara-cara
1.             Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel
2.             Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
3.             Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
4.             Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
5.             Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
6.             Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
7.             Perap daging paling kurang selama 1 jam.
8.             Bakar daging sehingga masak.

 SOS BLACK PEPPER 


Bahan - Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)

Sedikit oregano

2 sb mentega 
Cara-Cara:
1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
3. Masukkan tepung gandum (x payah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar
6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

MASHED POTATO

Bahan-bahan ( Hidangan utk 7-8 org )
·         Kentang 1 kg ( d kupas kulit, d ptg 4 & rebus hingga empuk)
·          1 sk garam
·          1/2 cawan susu segar
·          * BAHAN UTK KUAHNYA*
·          3 btg celery - d ptg dadu
·          1 bj bwg besar - d ptg dadu
·          5 sb Stok Ayam Pekat Maggi
·          500 ml air msk
·          1 sb sos tiram & 1 sk serbuk lada hitam
·          3-4 sb tepung gandum d campurkn dgn sedikit air spt mbuat tepung utk goreng pisang
·          2-3 sb mentega
·          Beberapa titik kicap pekat sbg kaler
 Cara-cara
1.      Utk kentang lecek~slps empuk,buangkn lebihan air dan gunakn food processor utk melecek hingga btl2 halus.
2.      Masukkan susu segar n garam..gaul rata.
3.      Utk kuah~cairkn mentega dlm periuk kemudian mskkn air,bwg besar,celery n stok pekat ayam maggi
4.      Bila mendidih n celery telah layu tapiskan kuah tersebut dan segala hampas bwg bsr n celery d buang
5.      Masukkan sos tiram,serbuk lada hitam n tepung gandum kacau rata pd api sederhana(kepekatan kuah ikut pd citarasa msg2 ye..)
6.      Masukkan beberapa titik kicap pekat~sampai dpt kaler spt Whipped Potato KFC.
7.      Kacau rata lg..biar sekejap bru tutup api

8.     Utk mhidang, gunakan ice cream scoop pada kentang lecek tadi pada mangkuk @ piring dan boleh la tuangkn kuah tadi pada atas kentang tersebut.

okkk..saya dah..anda bila lagi...jimat belanja..nak pulak kalo anak ramai..
kalo 1 set dah rm 10 kali 6 orang dah 60 hengget...
yang ni tinggal beli ayam je dan daun salad..lain memang bahan yang
 selalu ada dalam dapur je kann..

selamat mencuba...

5 September 2014

BUAT COKLAT SEMUDAH ABC

Assalamualaikum semua.....

Hari ini i nak hapdet pasal projek kitorang kat opis minggu lepas...ooopsss kitorang buat projeknik masa time rehat hari jumaat yoo....!!!

Ni bagi sesiapa yang berminat nak buat coklat sendiri boleh baca ek....ini pun jasa kakak seofis buat sesi perkongsian since dia ada g kursus buat coklat....lepasni nak buat parti harijadi ke....nak makan sendiri kat rumah ke..ke untuk raya haji akan dataang ni bolehlah buat....x payah beli dah kan....sebab alamak haih...senang bebenor kata orang perak....

Mula-mula sediakan bahan- bahan seperti coklat compound (dia ada 3 jenis...white, dark & lupa sejenis lagi ) cornflake, badam, kismis, hazelnut, biskut oreo, pewarna yang oil based (kalo buat kek tu yang water based)...coklat pantang dia adalah air ye..nanti xboleh nak keras...sikit pon xboleh tau...

Ok..tadi tu bahan-bahan kan..ni alatannya pulak...cam piping bag, mangkuk, acuan pelbagai bentuk dan tempat isi makanan kasi maintain panas lama tu..kalo air kita panggil flusk thermos tu//kalo isi makanan nama apa ntah...tu yg kat gambar bawah..kale oren dan biru tu...





 Semua bahan-bahan dan alatanni boleh dapat kt kedai buat kek...mesti ada punya lah...
thermos tu kt supermarket pn ada jual...


Inilah contoh chocolate compound...bukan cooking chocolate ye....lain jadinya kang...dia dalam bentuk bar macam cooking chocolate jugak


Mula-mula chocolate compound bar tu dipotong sekecil yang mungkin..kalo besor lambatlah cairnya nanti..pastu bubuh dalam satu mangkuk dan mangkuk tu letak atas 
thermos makanan yang ada air panas dalamnya..

Ini cik kak sorangni tengah mencairkan chocolate compund ...ingat jang bagi kena air..
walaupun wap ye.....

 
Yang lain dah ready nak masukkan chocolate dalam acuan....


 ingat jangan bagi kena air..walaupun wap ye.....


 untuk coklat biskut oreo ni...mula-mula bubuh sikit coklat yang telah dicairkan dalam acuan..kemudian letak coklat oreo...


 lepastu bahagian atas salut balik dengan coklat semula....seperti dah bagitau tadi chocolate compund ada 3..terpulanglah ikut kreativiti.....yang macam2 warna tu semua adalah chocolate putih yang telah diletakkan warna dr oil based...basicnya 3 jenis tu jelah...


keraskan masukkan dalam peti ais bukan bahagian beku ye...dah keras dalam satu jam 
 lepastu lekatkan edible sticker yang sedia ada dijual....oopsss cara nak lekatkan gunakan coklat..basah-basahkan permukaan coklat yang dah jaditu...pastu tempek.....

Dah siap.....tadaaa...ni lah hasil kitorang dalam sejam setengah tuu...
opppsss ni sorang ye..kiralah ada dalam 10 bekas,dan tiap2 sorang dalam banyakni...
share2 beli barang rm10 sorang je...
acuan2 dan pewarna tu membe yang ngajar tu lah pakai je yang dia punya...
cuma tontong beli chocolate compound, biskut & aksesori2 jeler...
jimattt kaanssss....

Terima kasih k.Ngah bagi ilmu free kt kami....


7 Mac 2014

SPAGETTI BOLOGNISE



Salam semua....

lama tak memasak benda alahni
buat sebab tetiba mr.hubby tingin nak makan pulak..
so ni menu malam kelmarin...balik-balik umah terus potong memotong....itu yang lama..
masaknya kejap aje..

spagetti ni mudahje nak masaknya
cuma remeh nak mencincang dan memotong kesemua
bahan-bahannya jelah

ok..let us check d ingredients
tapi ni dah diubahsuai sedikit
mengikut selera lidah orang malaysia
nak kena ada rasa pedas sedikit..

bahan-bahannya....
1.tomato puri @ prego perisa original
2.bawang merah / holland (2 biji sederhana)
3.bawang putih (5 ulas)
4. cendawan butang (1 pek)
5.lobak merah aka carrot (1 batang-hiris atau parut)
6. tomato (2 biji)
7. sosej ayam (5 batang- hiris bulat-bulat)
8. daging hancur (setengah peket - ku guna jenama ramly)
9. lada hitam (tumbuk kasar)
10. serbuk lada putih (setengah sudu kecil)
10. cili padi (potong/ketukje..ikut sesedap rasa pedas yang nak)
11. daun bay (sehelai)
12. oregano (satu sudu besar)

cara memasak...

no 2 - 6 dan cili padi....potong dadu semua bahan-bahanni
panaskan minyak zaitun (minyak masak biasa pon boleh)
goreng daging hancur yang telah dibentuk menjadi bulat
 (gaul rata dengan lada hitam & serbuk lada putih dahulu)
bila dah garing...(masa goreng tutup supaya daging masak sampai kedalam ye puan-puan)
angkat dan toskan....ulang untuk sosej pulak..

menggunakan minyak yang sama..tumis bahan no 2 hingga 6
selepas naik bau..masukkan tomato puri @ prego...
bila kuah agak pekat masukkan lobak merah dan cendawan butang
kemudian masukkan serbuk lada hitam, daun bay dan oregano 
(boleh beli kat kedai buat kek lagi murah dari beli kat supermarket)

biar dalam 2 minit masukkan pulak sosej dan bebola daging yang telah digoreng tadi...
so.......siap untuk dihidangkan...opsssss jangan lupa rebus spagetti nya dulu yer....campur cikit sesudu kecil minyak masak supaya tak melekat..
takkan makan kuah jer...puas ati buat sendiri boleh bubuh kuah banyak mana nak..
makan kat pizza hut kuah sikit....buat ni lebih berbaloi-baloi...

p/s - sayan guna cendawan butang fresh : tidak yakin dengan yang dalam tin tiada logo halam jakim...tidak kira dari jenama narcissus hingga ke ayam brand atau hosen...setakatni memang tak jumpa yang ada logo halal jakim..kalo ada sesapa yang tahu plz inform ku yaa!!
biar mahal sikit janji halal..

selamat mencuba...

4 Februari 2014

AYAM GORENG KUNYIT


Permintaan mr.hubby.....ayam goreng kunyit untuk malam tadi..
mr.hubby ni jenis tak makan lunch..so bila malam nak nasi lah pulak..kalo rajin ku layankan aje..kalo kupun penat..ku masak di kedai aje..sonang heeii..

Tapi pepun..ayam goreng kunyit ni bukan susah manepun...jom tengok resepinye..

Ayam -  ku beli rangka ayam & buh part isi sikit
Sayuran - carrot, kacang panjang dan kubis bunga (ku beli yang dah siap hiris kat pasar malam)
Bawang besar - 1 biji sederhana
Bawang putih - 3 ulas
Cili merah - sebiji

1. Mula-mula potong ayam kecil-kecil. 
2. Lepastu gaul ayam dengan garam dan kunyit.
3. Goreng ayam.
4. Masuk bawang besar, bawang putih dan cili merah.
5. Masukkan semua sayuran. Kacau rata.....
6. Siap....pe lagi... hidang dengan nasi putih panas-panas yer...


sangat senang.....nak tak nak jer masuk dapur sebenarnya....selamat mencuba......

30 Januari 2014

MI HAILAM

Hi ollss....sejak mr.hubby dah duduk sekalini sejak hampir sebulan yang lalu (officially no more PJJ 6 Januari 2014)..ku kenalah rajin-rajin kan diri memasak makan malam….kalau tidak sebelumni lepas ambilje anak dari umah pengasuh..uruskan dia…susukan..tidokan…masak stim makanan dia…bagi makan..pujuk bila meragam…suskan..tidokan balik...ku pun dah penat jadi dah tak lalu nak makan..kalau lapar sangat dan malas plak kan so telan je sekeping roti dan air sejuk..dah tido…skang dah tak bolehlah yer….kena masuk dapur ye…

Jadi ku nak share salah satu resepi yang mudah dan cepat adalah mi hailam…menu ku untuk mr.hubby malam tadi.

Mi Kuning sebungkus (500gm) – dicelur
Bawang putih (5 ulas) – ketukje
Cili Melaka (3 biji)- ketukje
Fish cake (1 keping) - hiris
Sos tiram
Kicap mee
Kicap

Lada hitam (setengah sudu kecil)- ditumbuk kasar
Sayur sawi ( dipotong kecil) agakjer
Tomato sebiji

Cara nak buat..mudah jer yer....masuk ikut step bahan diatas yer...(kecuali mi kuning)

Mula2 tumis bawang putih dan cili melaka tu.....masuk fish cake dalam 3 minit pasti masuk segala jenis kicap (tak perlu tambah garam kalau saya dah cukup masin dari kicap-kicapni)..tambah satu setengah cawan air...dalam 5 minit pas dah mendidih baru bubuh lada hitam, sawi dan tomato dan gaul rata..lepastu masuk mee kuning....kacau rata...jangan sampai kering plak airnya...tak jadi mi hailam pulak nanti...TAADDAAA....(clap clap clap)


First time buat dan agak-agakjer....fuuuhhhh nasib mr.hubby menambah..
(senyum tak perlu kata apa-apa....)