Harini buka external hardisk yang menyimpuan beribu-ribu lemon gambar terfikir nak update gambar anak daraku...
Alhamdulillah Nadia Safiyyah dilahirkan pada 21 April 2013 pada usia kandungan 31 minggu...selepas CTG menunjukkan graf yang tidak baik..
nama Nadia Safiyyah dianugerahkan pada hari ke-7
terima kasih Allah.........
18 Mei 2013
mama takde gambar newborn..
inipun selepas dapat izin dari misi NICU....
mama dapat tengok safiyyah pun selepas hari ke-3 selepas luka ceaser agak baik...
sebelum tu mama cuma sempat dengar semasa dalam OT
suara tangisan anak mama kerana anak mama kena dihantar segera ke NICU..
hanya papa yang dapat pergi tengok
22 Mei 2013
masa ni dah naik ke wad 6c...tunggu cukup berat 1.7 kg boleh kuar dari wad..
buah hati pengarang jantung mama...semoga membesar dengan sihat jasmani dan rohani..amin...
itu sahaja doa seorang mama ketika ini.....melahirkan mu diusia mu 31 minggu....
takut dan sedih bercampur baur....takut kehilanganmu...
3 hari 3 malam insomnia..bunyi telefon sangat menakutkan..
risau kalo berita dukacita dari wad NICU...
sampai mama terpaksa minta ubat tidor dari doktor..
24 Mei 2013
anak mama dibenarkan keluar dari hospital dengan berat 1.74 kg...
masani kejenya tido saje....nak bagi nenen pun kena kejutkan...
tengah nenen pun boleh tertidor...memang mudah menjaganya..
29 Jun 2013
gambar diambil masa anak mama atas riba mama dalam kereta
masani on the way balik ke kangar
mama ambil cuti tanpa gaji 2 bulan ditambah dari 3 bulan cuti bersalin..
apa-apa saja janji dapat jaga anak mama ni...kecil sangat nak dihantar pada pengasuh
jadi kita menompanglah kt rumah tok wan & tok
masatu papa keje kat perlis lagi..
3 Julai 2013
safiyyah dan papanya
7 Julai 2013
majlis akikah & kenduri kesyukuran di rumah tok & tokwan
13 Julai 2013
cukur rambut & tahnik
23 Julai 2014
hari - hari mama cuma dipenuhi dengan senyum tawa toyak safiyyah jer...
24 Julai 2013
tersengih yerr budak botak ni
7 Ogos 2013....raya pertama safiyyah
~selamat hari raya~
pagi raya sudah ngantuk...tolong mama buat kuih semalam yer...
10 Ogos 2013
somewhere in gurun highway...
way back to perak..balik kg mama ler pulak
28 Ogos 2013
cam comel jer...baru bangun tido
1 September 2013
sian tersedu-sedu..takpe nak besar tu nak...
6 September 2013
lepaking petang-petang bawah pokok pelam tepi umah tok wan
7 September 2013
moh jalan ke aloq staq
9 September 2013
alolo musyuk mama...tak sabar nak tengok safiyyah debab montel
28 September 2013
lega tido pakai diapers je..
15 September 2103
first trial naik carseat pada usia lebih kurang 5 bulan..
mama dah nak start keja next week..ni nak g berkenalan ngan bakal pengasuh
14 Oktober 2013
geramnya budak musyuk macam ni
18 Oktober 2013
dengan pak long..pak long lahir bulan Mei...tapi lagi besar haaaa
21 Oktober 2013
safiyyah genap 6 bulan
31 Oktober 2013
mama jom kita tido
10 November 2013
eeeee malulahh..
16 Februari 2014
dapat hobi baru..bila mama kemas kang dia datang ponggah balik..
kalo mama biar je lepas diponggah tu..tak pulak dia heran..
bila kemas pandai dia datang ponggah balik yer..
18 Februari 2014
ponggah lah lagi...baru mama tau anak mama ni bijak orangnya..amin
1 Mac 2014
pergi ke Cameron Highland....baru je jalan dah lena nooo...
2 Mac 2014
terima kasih Ya Allah kerana anugerah terindah ini
memberi kesempatan pada kami menjadi mama & papa
mengukuhkan ikatan cinta antara kami
doakan kami dan kita semua semoga menjadi contoh yang baik
& yang tidak punya rezeki anak dikurniakan secepat mungkin pada kalian
semoga anak ini menjadi anak solehah
penyumbang pahala buat mama dan papa
membahagiakan kami didunia dan diakhirat
membahagiakan kami didunia dan diakhirat
insyaAllah...amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan