8 September 2014

TIPS PEMILIHAN WARNA CAT RUMAH


Ewahhhh....macam bagusje nak bagi tipsss kt orang yerrrrr...
ala perkongsian jelah dari blog dan buku aku baca...sebenarnya....
ini merupakan salah satu perkara yang memeningkan kepala ku....
haishh nak pilih warna bukan senang..
berpinar-pinar mata memilihnya...
yelah dah ada rumah sendiri kan mestilah nak dicat bagai....
boringlah asyik tengok putihjer...
lagipun dengan hanya kos mengecat dinding kita dapat menukar suasana dan rupa kediaman kita almost 80% (kataku lah yer...)....
daripada biasa kepada luarbiasa....
kalo nak ubah dengan perabot tu semua lagi banyak makan modal..

Habis katalog nippon, dulux dan jotun ku ambil di kedai hardware.....
oh ye..pemilihan jenis cat adalah bergantung kepada kesan yang kita nak...
secara asasnya ada cat untuk dinding luar dan dinding dalam untuk konkrit yer...
cat untuk permukaan kayu dan besi lain yer kawan-kawan..
itu oil based tidak sesuai untuk rumah batu...
kenapa saya memilih 3 jenama cat ini...
kerana kualiti yang boleh tahan dan jotun pula yang terbaik yang ada di Malaysia ni
(petikan dari kata-kata ikhlas tukang cat berpengalaman mengecat berpuluh tahun..
bukan tukang jual cat yer..)
 manakala dulux dan nippon..yang oklah sesuai dengan harganya...

Gambar-gambar selepas ini adalah dari katalog  JOTUN....
contoh dalam shades putih-hitam-kelabu

shades yanga ada dari purple-biru
shades dari peach-oren-pink-maroon-merah

biru-turqoise-hijau

ada banyak lagi..ku ambik yang dalam pemerhatian ku untuk dipilihje...
nak snap semua memang banyaklah...
Setiap warna cat dalam katalog tu tak sama harga yer...
selalunya harganya dalam RM 30 - 38 seliter...
lagi murah kalau dibeli dalam kuantiti yang banyak (sama warna)
biasanya dalam 1liter, 5liter dan 7 liter...
kalau lain-lain seliter seliter jadi mahal lah balik...
yang mahal ni warna special dan lagi pekat warna tersebut lebih mahal secara asasnya..
sebab lagi banyak pigmen warna akan digunakan manakala yang warna yang cair-cair tu...
lagi banyak warna putih dicampurkan dalam pembuatan cat tersebut...
pastu kena tentukan dulu nak kesan yang macam mana...
nak ada shining or matte..kalo shining pilih yang pearl glow..
kalo x matte sahaja cukup dan lebih murah sedikit..
tapi orang kata alah membeli menang memakai...

Ok disini ku nak share sedikit tips dan trick dalam memilih warna kediaman....
ku pun bukan pandaipun..
cuma kasi orang ni tips dari bacaan lah..

TIP 1 : JANGAN PILIH CAT DAHULU

Ok memula sekali korang kena tengok korang punya barang-barang yang korang dah ada...
contoh macam sofa, meja, karpet, langsir..
semua barang hiasan untuk ruang tersebut....
jadi warna ruang tersebut mungkin diambil dari mana-mana shades
barang dalam ruang tersebut...UNLESS...
rumah korang rumah baru..
dan korang bermula dari kosong...tupun korang kena pastikan
all those colours are blended together ok...





TIP 2 : MEMILIH WARNA YANG TERLALU TERANG

Tentukan titik tumpu korang..samada ruang dinding tersebut atau perabot korang...
kalo sama naik...adehhh hancuss...
Bila warna yang dipilih untuk ruang tersebut adalah warna yang terang...
contoh macam merah, royal blue, kuning, oren...
.pastikan perabot dan hiasan yang ada menyokong warna tersebut...
bukan bersaing untuk menonjol juga...
warna hiasan dan perabot mestilah lebih bersifat neutral seperti hitam, kelabu,beige dan putih...
sikit-sikit tak pe...kalo semua sama naik...adehhh hancuss...





TIP 3 : GUNAKAN SESUATU YANG LAIN UNTUK MENYATUKAN RUANG

Walaupun rumah korang sekadar rumah flat yang kecil tetapi transisi warna
dari satu ruang ke satu ruang mestilah bersesuaian....
korang mesti memikirkan ruang-ruang dalam rumah tersebut
sebagai SATU bukan berasingan...
cuba bayangkan ruang tamu berwarna pink dan ruang makan bewarna kuning...
kannn...dapat bayang takkk???

TIP 4 : HILANG PERTIMBANGAN KERANA CITA-CITA SENDIRI

Biasa dengarkan...kita pilih warna berdasarkan warna yang disukai....
yelah mestilah pilih warna yang suka tul tak...
takkan warna yang tak berkenan dihati.....
TAPI sebenarnya untuk pilih warna ruang...
korang kena tahu korang nak wujudkan feel yang
 macam mana untuk ruang tersebut....
kalo nak rasa relaks..takkan warna merah kotttt kan...
bila korang nak warna yang dapat menimbulkan ketenangan
so basically korang kena pilih warna cool macam dalam shades hijau-biru....
kalo nak menimbulkan rasa bertenaga dan lebih hangat mesti dalam shades oren - merah...



TIPS 5 : CAHAYA DAPAT MEMBERI KESAN DRAMATIK

Lampu florescent cenderung memberi rasa segar kepada ruang dengan
menyerlahkan pigmen hijau dan biru didalam warna sedangkan
lampu kuning memberikan rasa kehangatan mengeluarkan haba dan pigmen
merah dalam warna.....adalah penting untuk melihat warna yang terhasil
bila korang melihatnya dengan cahaya neutral
(cahaya mataharilah...takkan siang pon pasang lampu kannn)
dengan lampu yang digunakan di rumah....
kerana ia akan memberikan kesan kepada mood anda...!!!!


semoga dapat memberi manfaat..!!1






9 ulasan:

  1. sorry ye, lagi pekat warna lagi murah. Base gelap lagi murah berbanding base cerah.

    BalasPadam
  2. info amat brguna..smart paints vs jotun ..adakah 2 jenama tu sama kualiti?yg mn betul info ni gelap ke cerah mmahal?skarang dlm proses nk cat rumah dengan kontraktor..asal perjanjian jotun sekarang dh jd smart paint hmmm..hmm

    BalasPadam

  3. Assalamualaikum.. kami di Locais Empire Resources & Hastakarya Resources ada menawarkan khidmat mengecat bangunan tidak kira rumah/pejabat/kedai/kilang/gudang di sekitar Lembah Klang. Harga yg ditawarkan sangat berpatutan. Boleh kunjungi fb baru kami : Cuci/Cat Rumah Murah Lembah Klang atau hubungi Wana 016-9448044 / Hidayat 011-51521012.. Terima kasih!

    BalasPadam