8 September 2014

TANAM RUMPUT KARPET JEPUN LAMAN TEPI RUMAH


Yuhuuuuuu….

Kalini ku nak cerita pengalaman tanam rumput…..ok cite pasal nak tanam rumputni bukan semudah yang disangka..sebab memerlukan tenaga yang amat banyak….tapi kalo ada duit tu lain cite…tu perlu modal air liur je order kt orang nursey tu….sebelum tanam rumput korang kena decide dulu rumput apa korang nak tanam….penceritaan ini adalah dari kajian melalui bacaan ke blog-blog berkaitan tanaman rumput untuk rumah kediaman sahaja ye….

Basically kat Malaysia ni yang ada beberapa jenis rumput. 
Pertama, cow graw (rumput lembu)….
yang ni memang senang nak dijaga tapi tak berapa cantiklah…..
hargapun murahje…
tapi tak jumpa ada dijual di nursery sebab nursery ni cater untuk rumah..
mana ada orang nak tanam rumputni…..
ni rumput tuk padang sekolah..bahu-bahu jalan…
tapi kalo nak tanam pun ok gak sebab dia tahan lasak dan senang nak dijaga…
tak payah pening2..yang penting tetap hijau kan…
ini adalah rumput lembu....mudah dijaga..tirus dihujung daun
Kedua pearl grass (rumput mutiara) rupa dia hampir 
macam cow grass tapi hujung ia membulat..berbanding cow grass ni tirus….
tahap pertumbuhan sederhana tapi rumputni tak tahan lasak sangat…
kiranya rumputtu bukanlah untuk korang nak main bola atasnya….
jalan-jalan dan pijak-pijak pun kurangkanlah…..
supaya ia maintain cun dan hijau gitu….
rumputni antara yang diconsider untuk ditanam tapi ku reject sebab tak tahan lasak…
ku bajet situlah kami anak bernak nak bermain nanti…





rumput mutiara...hujung daunnya berbentuk bulat dan lebar berbanding
rumput lembu tetapi kurang tahan lasak...

ketiga philipine grass (rumput filipina) dan keempat adalah Japanese grass (rumput jepun)….
ni kategori keduanya rumput karpet…. 
Kedua-dua jenis pada padangan mataku lebih cantik sebab 
struktur daun yang labih kecil tetapi rumput jepun lebih halus dari rumput Filipina…
boleh tengok kat gambar ye…
keduanya sama tahan lasak kerana kandungan sillika yang tinggi 
jadi bolehla ko nak main bola atasnya…
(main bola dalam kategori kanak-kanak bukan pro plak..kalo rumput stadium ku tak tahu..). Kemudian dari segi harga di Ipoh ni…
rumput filipina RM 2.50 dan rumput Jepun RM 5. 

Korang mesti nak tahu kenapa ku pilih rumput jepun berbanding rumput Filipina….
pertama dari segi rupa..padanlah dengan harganya 2 kali ganda kannnn…..
tapi sebab paling utama adalah kerana pertumbuhannya yang lambat….
ye lambat….mesti korang nak cepat ye…..
memangla nak cepat..
tapi ku pilih untuk bersabar takut nanti bila dah penuh nanti 
tak sabar plak laki ku nak potong rumput filipina tu tiap 2 minggu…..
ku prefer yang less maintainance….
lagipun dapat bonus..lagi canteekkkk…serius….
cubalah confirm jatuh hati ngan rumput jepun ni….

                                 
rumput filipina.....tekstur lebih kasar dari rumput jepun...



rumput jepun tekstur lebih halus...dan warna lebih hijau.....

huh..panjangnya…..tu baru pasal pilih rumputje belum tanam lagi…
hahaha….sebelum tabor pasir korang kena buang segala benda alah 
seperti rumput liar dan batu batan dalam tanah dalam sekaki lagi dalam 
lagi bagus tapi kami tak larat…
maklumlah rumah ku beli ni sebelah rumah contoh….
pemaju cantikkan rumah sebelah, macam2 sisa konkrit, batu besar, 
besi dan kayu jumpa kat laman ni….jenuh nak membuangnya…
lori sampah mana mau ambil sampah macamni….
terpaksalah buang sendri…



 70 kaki x 10 kaki ni tumbuh rumpai camni...
akar panjang kedalam kena tarik ngan playar...
kalo dibiarkan ia masih boleh tumbuh dan hidup kembali...2 kali kami kerjakan..
first time tak buang sampai ke akar..
tengok-tengok hidup balik


Lepastu korang spray racun rumpai….
untuk bunuh rumput liar yang berbaki….
bagus lagi kalo korang guna racun pra-campah…
yang ni dengan benih rumput liar pun dibunuhnya…
tapi racun pra-cambah ni susah nak cari..
tak tahu nak beli kat mana….racun rumpai tu pun ku beli kt nursery je…
patutnya memang kena buat berdasarkan kajian bacaan ku…
tapi pasrah jelah…dah tak sabar sangat nak tanam rumputnya dahh….!!!

Proses lepastu adalah pegi beli pasir sungai halus….
kt kedai hardware ada jual..ku beli pun kt kedai simpang nak masuk taman ni….
dia kira ela….1 ela bermaksud 1 kaup mesin jengkaut tu….
se ela RM 50….tapi lagi banyak korang beli lagi murahtau…
kt kedai ku beli tu…2 ela RM90…3 ela RM 120….4 ela RM 145….
ku beli 4 ela…..tapi ak rasa untuk rumahni patutnya kena 5 ela…
baru ngam-ngam cukup….
memang taklah nak beli kemudian satu ela je lagi…rm 50…rugi..
pakaijelah apa yang ada…


Pas korang dah beli pasir tu pe lagi…ratakanlah…ak buat step-by-step…..
haha…nak pengsan laki  ngankat pasir…
huhu upahnya air oren tau…haha….


potong dulu...sebab kami nak jimat..

cik mandur kecik tengah dok perati dari stroller....

Lepastu korang buang kepingan plastic bawah rumput 
yang dibeli dan susun atas pasir tadi….

kalo nak jimat macam kami ni kenalah potong….
kami potong 4….itupun rm250 juga habis…
kami tak beli serentak semua tu…sikit…..sikit…..
sebabtu kalo tengok gambar ada yang dah hijau panjang…
ada yang pendek kekuningan…yang tu baru tanam lah tu….

Lepas dah selamat ditanam…apa lagi…
kena jaga masa penyiraman…masa mula-mula ni kena kerap…
kalo tak..tu mati pun ada…mana nak buat kampong mak ayah nak kena jenguk juga…
harapkan hujan jelah….tapi memang adalah yang mati..
kami gantikan…berdikit-dikit …sekaligus tak mampu….


 inilah hasilnya setelah 4 bulan berlalu.....masih banyak lagi ni

See baru nak nampak bercabang - cabang rumput tu kan....
sabarrr...bape bulan lagi lah nak tunggu baru penuhni...
agak-agak bulan disember nanti dah cun ke laman ni..!!!
Oklah harap perkongsian ini dapat memberi inspirasi kt korang……
dan dapat hasilkan rumput yang cantikkk…..

11 ulasan:

  1. Salam. Nak tanya mana sis beli rumput ni ye?

    BalasPadam
  2. Salam. Nak tanya mana sis beli rumput ni ye?

    BalasPadam
  3. Salam. Mcmner keadaan terkini rumput yg ditanam oleh En. Jibby? Share ler gambar2 terkini. Tak balik Perlis kaa?

    BalasPadam
  4. ada org kata pasir tk digalakkan sebab lipan suka duduk atas pasir, betul ker? mohon nasihat

    BalasPadam
  5. Nak tnm romput ,area di ,sha alam, kota komuni,subang jaya,putra hight,saujana putra, puchon,whatsapp +60165861750

    BalasPadam
  6. terima ksh atas perkongsian yg bermanfaat..

    BalasPadam
  7. Boleh bagitahu beli rumput di mana murah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat nursery banyakk..and harga tak jauh beza punn..baru jee belii

      Padam
  8. for how long baru full satu ruang?

    BalasPadam
  9. Nak taman di pusara arwah ayah sikit

    BalasPadam