7 Mac 2014

SPAGETTI BOLOGNISE



Salam semua....

lama tak memasak benda alahni
buat sebab tetiba mr.hubby tingin nak makan pulak..
so ni menu malam kelmarin...balik-balik umah terus potong memotong....itu yang lama..
masaknya kejap aje..

spagetti ni mudahje nak masaknya
cuma remeh nak mencincang dan memotong kesemua
bahan-bahannya jelah

ok..let us check d ingredients
tapi ni dah diubahsuai sedikit
mengikut selera lidah orang malaysia
nak kena ada rasa pedas sedikit..

bahan-bahannya....
1.tomato puri @ prego perisa original
2.bawang merah / holland (2 biji sederhana)
3.bawang putih (5 ulas)
4. cendawan butang (1 pek)
5.lobak merah aka carrot (1 batang-hiris atau parut)
6. tomato (2 biji)
7. sosej ayam (5 batang- hiris bulat-bulat)
8. daging hancur (setengah peket - ku guna jenama ramly)
9. lada hitam (tumbuk kasar)
10. serbuk lada putih (setengah sudu kecil)
10. cili padi (potong/ketukje..ikut sesedap rasa pedas yang nak)
11. daun bay (sehelai)
12. oregano (satu sudu besar)

cara memasak...

no 2 - 6 dan cili padi....potong dadu semua bahan-bahanni
panaskan minyak zaitun (minyak masak biasa pon boleh)
goreng daging hancur yang telah dibentuk menjadi bulat
 (gaul rata dengan lada hitam & serbuk lada putih dahulu)
bila dah garing...(masa goreng tutup supaya daging masak sampai kedalam ye puan-puan)
angkat dan toskan....ulang untuk sosej pulak..

menggunakan minyak yang sama..tumis bahan no 2 hingga 6
selepas naik bau..masukkan tomato puri @ prego...
bila kuah agak pekat masukkan lobak merah dan cendawan butang
kemudian masukkan serbuk lada hitam, daun bay dan oregano 
(boleh beli kat kedai buat kek lagi murah dari beli kat supermarket)

biar dalam 2 minit masukkan pulak sosej dan bebola daging yang telah digoreng tadi...
so.......siap untuk dihidangkan...opsssss jangan lupa rebus spagetti nya dulu yer....campur cikit sesudu kecil minyak masak supaya tak melekat..
takkan makan kuah jer...puas ati buat sendiri boleh bubuh kuah banyak mana nak..
makan kat pizza hut kuah sikit....buat ni lebih berbaloi-baloi...

p/s - sayan guna cendawan butang fresh : tidak yakin dengan yang dalam tin tiada logo halam jakim...tidak kira dari jenama narcissus hingga ke ayam brand atau hosen...setakatni memang tak jumpa yang ada logo halal jakim..kalo ada sesapa yang tahu plz inform ku yaa!!
biar mahal sikit janji halal..

selamat mencuba...

5 Mac 2014

LADANG CENDAWAN DAN PASAR BRINCHANG, CAMERON HIGHLANDS


LADANG CENDAWAN & STRAWBERRI

Sape suka makan cendawan angkat tangan......
ku memang suka betul makan cendawan ni....tak kiralah yang Malaysia ke...luar negara ke...
semuapon sedap....cendawan tiram, cendawan shitake, cendawan butang...

bila dah suka kena tau apa kebaikan dan khasiatnya..
cendawan boleh mengawal dan mengatur tekanan darah, mengawal kandungan gula dalam darah,
meningkatkan sistem imuniti dan mengandungi kalsium dan antioksidan yang tinggi 


cendawan merupakan sejenis kulat..


medium penanaman menggunakan habuk kayu








  for sale


sepeket rm 3...4 peket rm 10.....
warna oren sedap untuk goreng..yang kuning untuk buat sup...


jenis cendawan yang terdapat disini


 mushroom corner...


disini juga ada ladang strawberi.....tapi untuk haritu ditutup untuk self picking..


 PASAR BRINCHANG



pelbagai jenis kaktus..


rm 10 untuk 7 pasu...murah..


oren...5 biji rm10..buahnya besar dan manis


beg sandang kanak-kanak


keychain...fridge magnet...


macam-macam jenis cenderahati untuk saudara mara dan rakan-rakan..
bawa duit banyak-banyak jer..


bunga daisy pun meruntun jiwa...


wajib beli...


pelbagai warna bunga mawar@rose....kuning,pink,merah,putih....tapi kali ni biru tiada....
sejambak hanya rm 10....adalah dalam 20 kuntum bunga....kalo beli 3 jambak rm20 sahaja...


 junk food


manisan dan jem stramwberi semestinya...

ni antara lokasi wajib dikunjungi bila datang ke cameron highlands


  harini kira agak lengang jugaklah....


  jagung dan ubi
kalo malas atau tak sabar nak makan boleh beli yang dah tersedia rebus atau bakar




 lai...lai..lai..


pelbagai jenis sayur tanah tinggi seperti sawi, lobak merah, lobak putih, lada benggala,
kobis, kobis bunga, tomato dan brokoli....

 

tu yang berketak-ketak tu namanya cordyceps...kaum cina suka makan buat sup..
yang mana antara khasiatnya untuk penyakit darah tinggi (stabilkan darah),
 kencing manis  (rendahkan paras gula dalam darah)...


bunga ros pelbagai warna..merah,pink, putih,kuning,oren dan yang kawin pun ada..
bercampur warna....selain itu hydrangea pun ada..macam-macam warna ada..
biasa tengok warna biru nak ke purple..walaupun sebenarnya warna 
hydrangea ni bergantung pada tahap keasidan atau kealkali
 tanah tersebut....maksudnya kalo nak ubah warna boleh kita
 kena ubah kondisi tanah tersebut dahulu...


pokok hidup....cantik baby breath (berbunga halus tu..) sempat juga tangkap satu untuk tanam kat rumah...setakatni hidup lagi......


tak sabar nak ke cameron lagi....tak pernah jemu...well enjoyyy!!!

LADANG DAN KILANG TEH BOH , SUNGEI PALAS CAMERON HIGHLANDS

LADANG TEH BOH, SUNGEI PALAS

Lama sungguh tak menulis dah....sedar tak sedar dah bulan Mac......sebuk dengan mengemas rumah berpindah pun tak siap lagi...percutian ke Cameron Highland kali ini asalnya sebab nak bawa tok wan mr.hubby yang datang menolong masa kami pindah haritu...tok wan tak pernah lagi jejak kaki ke Cameron....bila lagi nak bawa dia berjalan..dah alang-alang sampai ke Ipoh ni.....kitorang bertolak agak lewat dah pukul 10.30.....maklumlah berjalan ngan orang-orang tua lama ni..pas bekpes nak tunggu pegi bank dulu (melabur di tandas yerr..) baru sedap berjalan..


Bangunan kat belakang tulah yang dalam iklan tu...!!

cuma waktuni taklah sejuk sangat...bolehlah berbanding cuaca di Ipoh yang tengah panas dan berjerebu indeks 83 p.u (betulke cara tulis gini)..dapat lari dari kepanasan...

semut...dimana ada semut disitu ada gula...
orang...dimana ada sejuk disitu ada orang kita...



ku tiada...jadi cameraman..........

BOH......i believe its stand for Best of Cameron Highland



Coffee house....minum kat sini adalah untuk menikmati suasana yang nyaman dan segar..yang sedap disini gold blend tea dan strawberry cheesecake dia...nyummy..:p

Ada macam-macam lagilah minuman yang berasaskan teh..tapi koko pun ada..makanan yang ada kek, brownies, sandwish tuna dan telur dan pastry...sedap-sedap dan harga boleh tahan jugaklah...kalo dah ramai-ramai gitu mau rm80-100 jugaklah...


jauh memandang ladang tehnya


pandangan sebelah sini pulak..

KILANG TEH BOH


Minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran

 Cara pemprosesan melibatkan pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan. 
Selain itu, untuk memberi rasa yang berlainan dan peningkatan kualiti, teh dicampurkan 
dengan pelbagai jenis herbarempahbunga dan perasa buah.

Teh disini adalah dari jenis black tea

Ini dia bangunan kilang memproses teh nya...free je masuk sini


 bangunan ni terletak belakang bangunan utama tadi




Makmal pengujian teh 




menggelek daun..untuk mengeluarkan kelembapan


proses pengeringan dimana daun dikeringkan untuk menghentikan proses pengoksidaan


bilik pengeringan




 mesin-mesin yang ada disini digunakan sejak 1953 lagi....ianya diguankan untuk menggulungkan daun dan menghancurkan daun-daun latu serta mengubah serta memecahkan sel-sel dalaman daun

membebaskan dan mengeluarkan jus untuk proses fermentasi





daun diasingkan menurut gred menurut saiz mereka (daun penuh, pecah, serpih "fannings" dan serbuk), biasanya dengan penggunaan tapisan. 

Teh boleh digredkan lagi sub-graded menurut kriteria lain...setiap teh mempunyai densiti dan rasanya yang tersendiri......




tidak pasti bangunan apa ni..mungkin stor kot...tak boleh masuk pun





ok......semoga bermanfaat....