Salam semua....
lama tak memasak benda alahni
buat sebab tetiba mr.hubby tingin nak makan pulak..
so ni menu malam kelmarin...balik-balik umah terus potong memotong....itu yang lama..
masaknya kejap aje..
spagetti ni mudahje nak masaknya
cuma remeh nak mencincang dan memotong kesemua
bahan-bahannya jelah
ok..let us check d ingredients
tapi ni dah diubahsuai sedikit
mengikut selera lidah orang malaysia
nak kena ada rasa pedas sedikit..
bahan-bahannya....
1.tomato puri @ prego perisa original
2.bawang merah / holland (2 biji sederhana)
3.bawang putih (5 ulas)
4. cendawan butang (1 pek)
5.lobak merah aka carrot (1 batang-hiris atau parut)
6. tomato (2 biji)
7. sosej ayam (5 batang- hiris bulat-bulat)
8. daging hancur (setengah peket - ku guna jenama ramly)
9. lada hitam (tumbuk kasar)
10. serbuk lada putih (setengah sudu kecil)
10. cili padi (potong/ketukje..ikut sesedap rasa pedas yang nak)
11. daun bay (sehelai)
12. oregano (satu sudu besar)
cara memasak...
no 2 - 6 dan cili padi....potong dadu semua bahan-bahanni
panaskan minyak zaitun (minyak masak biasa pon boleh)
goreng daging hancur yang telah dibentuk menjadi bulat
(gaul rata dengan lada hitam & serbuk lada putih dahulu)
bila dah garing...(masa goreng tutup supaya daging masak sampai kedalam ye puan-puan)
angkat dan toskan....ulang untuk sosej pulak..
menggunakan minyak yang sama..tumis bahan no 2 hingga 6
selepas naik bau..masukkan tomato puri @ prego...
bila kuah agak pekat masukkan lobak merah dan cendawan butang
kemudian masukkan serbuk lada hitam, daun bay dan oregano
(boleh beli kat kedai buat kek lagi murah dari beli kat supermarket)
biar dalam 2 minit masukkan pulak sosej dan bebola daging yang telah digoreng tadi...
so.......siap untuk dihidangkan...opsssss jangan lupa rebus spagetti nya dulu yer....campur cikit sesudu kecil minyak masak supaya tak melekat..
takkan makan kuah jer...puas ati buat sendiri boleh bubuh kuah banyak mana nak..
makan kat pizza hut kuah sikit....buat ni lebih berbaloi-baloi...
p/s - sayan guna cendawan butang fresh : tidak yakin dengan yang dalam tin tiada logo halam jakim...tidak kira dari jenama narcissus hingga ke ayam brand atau hosen...setakatni memang tak jumpa yang ada logo halal jakim..kalo ada sesapa yang tahu plz inform ku yaa!!
biar mahal sikit janji halal..
selamat mencuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan