LADANG TEH BOH, SUNGEI PALAS
Lama sungguh tak menulis dah....sedar tak sedar dah bulan Mac......sebuk dengan mengemas rumah berpindah pun tak siap lagi...percutian ke Cameron Highland kali ini asalnya sebab nak bawa tok wan mr.hubby yang datang menolong masa kami pindah haritu...tok wan tak pernah lagi jejak kaki ke Cameron....bila lagi nak bawa dia berjalan..dah alang-alang sampai ke Ipoh ni.....kitorang bertolak agak lewat dah pukul 10.30.....maklumlah berjalan ngan orang-orang tua lama ni..pas bekpes nak tunggu pegi bank dulu (melabur di tandas yerr..) baru sedap berjalan..
Bangunan kat belakang tulah yang dalam iklan tu...!!
cuma waktuni taklah sejuk sangat...bolehlah berbanding cuaca di Ipoh yang tengah panas dan berjerebu indeks 83 p.u (betulke cara tulis gini)..dapat lari dari kepanasan...
semut...dimana ada semut disitu ada gula...
orang...dimana ada sejuk disitu ada orang kita...
ku tiada...jadi cameraman..........
BOH......i believe its stand for Best of Cameron Highland
Coffee house....minum kat sini adalah untuk menikmati suasana yang nyaman dan segar..yang sedap disini gold blend tea dan strawberry cheesecake dia...nyummy..:p
Ada macam-macam lagilah minuman yang berasaskan teh..tapi koko pun ada..makanan yang ada kek, brownies, sandwish tuna dan telur dan pastry...sedap-sedap dan harga boleh tahan jugaklah...kalo dah ramai-ramai gitu mau rm80-100 jugaklah...
jauh memandang ladang tehnya
pandangan sebelah sini pulak..
KILANG TEH BOH
Minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran
Cara pemprosesan melibatkan pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan.
Selain itu, untuk memberi rasa yang berlainan dan peningkatan kualiti, teh dicampurkan
Teh disini adalah dari jenis black tea
Ini dia bangunan kilang memproses teh nya...free je masuk sini
bangunan ni terletak belakang bangunan utama tadi
Makmal pengujian teh
menggelek daun..untuk mengeluarkan kelembapan
proses pengeringan dimana daun dikeringkan untuk menghentikan proses pengoksidaan
bilik pengeringan
mesin-mesin yang ada disini digunakan sejak 1953 lagi....ianya diguankan untuk menggulungkan daun dan menghancurkan daun-daun latu serta mengubah serta memecahkan sel-sel dalaman daun
membebaskan dan mengeluarkan jus untuk proses fermentasi
daun diasingkan menurut gred menurut saiz mereka (daun penuh, pecah, serpih "fannings" dan serbuk), biasanya dengan penggunaan tapisan.
Teh boleh digredkan lagi sub-graded menurut kriteria lain...setiap teh mempunyai densiti dan rasanya yang tersendiri......
tidak pasti bangunan apa ni..mungkin stor kot...tak boleh masuk pun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan